Setiap kata kata akan diuji
Terima kasih atas Peringatan ini keluarga jpk. Sungguh bernilai buat diri ku. .
Allah ada berfirman yang bermaksud :"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."(Surah As-Saff : 2 &3)
Sesungguh nya aku tersedar dari khilaf ku. Ia itu kata kata ku. Mungkin jua selepas ini kamu akan nmpk perubahan yang ketara dari aku. Tapi Jangan tanya mengapa?
Sekarang aku percaya diam itu lebih baik dari berkata2..
Dan aku jua percaya yang apabila aku susah nnt hanya allah yang satu dan keluarga ku yang tercinta akan samping aku. Dan jua apabila aku menghampiri hunjung nyawa tu hanya allah dan keluarga jua akan disamping ku. Aku alpa dalam mencari kedunian. Silapku besar..
Sering sahaja lupa.. ya allah ampun kan lah dosa hamba mu ini. Ibu ayah akak adik maafkan lah diri ku ini kerana tidak meletakkan keutamaan kalian dlm hidup ku. Maafkan kan aku..
Sekarang aku percaya dan sedar siapa aku dlm hidup sahabat2 ku. Maaf sahaja yang aku dapat ucapkan. Aku harap akan ku kota kan janji ku yang aku akan ku undurkan diri dalam hidup kalian. Tidak akan aku susah kan hidup kalian lagi selepas ini. Aku tahu jika dibandingkan aku dengan kalian masih jauh utk aku capai ke tahap kalian. Aku Sedar aku tidak sebaik kalian.. mungkin Kata2 ku tidak selembut kalian, keperibadian ku tidak seindah kalian. Aku sedar aku hanya insan yang tahu bermain dengan kata2 insan yang sering menguris hati kalian. Percaya dan aku berharap selepas ini tidak akan ku sentuh hati kalian apatah lagi utk menguris hati kalian.. andai aku pergi aku minta hanya satu. Halal kan segalanya..
Aku ingin akhir kan segalanya dgn keadaan yang aman. Aku akan pergi dgn baik. Tidak akan ku prgi tanpa menyelesaikan amanah tu.
Doakan segala urusan aku dapat di selesaikan. Aminnn.